janji.digital

DRAF / DRAFT: perlu semakan undang-undang · needs legal review

Terma Perkhidmatan

janji.digital ialah produk Rintislogic Solutions (No. pendaftaran CT0169840-X), Kuantan, Pahang. Dengan menggunakan janji.digital, anda bersetuju dengan terma ini.

1. Apa itu janji.digital

janji.digital ialah alat merekod dan menghantar peringatan bagi pinjaman barang atau wang antara dua orang. janji.digital tidak meminjamkan wang, tidak memegang wang, tidak memproses bayaran balik pinjaman, dan tidak mengenakan faedah.

2. Hanya untuk pinjaman peribadi

Perkhidmatan ini hanya untuk pinjaman peribadi antara orang yang saling mengenali. Penggunaan oleh mana-mana perniagaan pemberian pinjaman wang, sama ada berlesen atau tidak berlesen, adalah dilarang. Anda tidak boleh mengenakan atau merekodkan faedah, fi, penalti atau caj lewat. Jumlah yang dipulangkan adalah sama dengan jumlah yang dipinjam. Had RM10,000 bagi setiap janji.

3. Bukan perjanjian sah

Rekod di janji.digital bukan perjanjian sah di sisi undang-undang dan bukan nasihat undang-undang. Ia hanya rekod persetujuan dan peringatan.

4. Akaun dan token

Pemberi pinjam memerlukan akaun dengan email yang disahkan. Satu token digunakan bagi setiap janji yang dipersetujui peminjam. Token dipulangkan jika janji ditolak, tamat tempoh, atau dibatalkan sebelum dipersetujui. Token tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

5. Kelakuan pengguna

Anda tidak boleh menggunakan janji.digital untuk mengganggu, mengugut atau memalukan sesiapa, atau memasukkan maklumat orang lain tanpa asas yang sah. Peminjam dan saksi boleh membuat laporan. Kami boleh membekukan atau menamatkan akaun yang melanggar terma ini.

6. Had liabiliti

Perkhidmatan disediakan "seadanya". Setakat yang dibenarkan undang-undang, Rintislogic Solutions tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian antara pemberi pinjam dan peminjam, atau kerugian akibat email yang tidak sampai.

7. Hubungi kami

support@rintislogic.com