DRAF / DRAFT: perlu semakan undang-undang · needs legal review
Dasar Privasi
Notis ini dibuat menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Rintislogic Solutions (No. pendaftaran CT0169840-X), Kuantan, Pahang, ialah pengguna data (pengawal) dan penyedia perkhidmatan bagi janji.digital.
Data yang kami proses
Pemberi pinjam: nama, email, telefon (pilihan), bahasa, dan sejarah token. Peminjam dan saksi: nama, email, telefon (pilihan) dan hubungan, yang dimasukkan oleh pemberi pinjam. Butiran janji dan garis masa tindakan. Alamat IP disimpan dalam bentuk hash sahaja.
Tujuan
Merekod janji, mendapatkan persetujuan peminjam, menghantar peringatan dan makluman, mencegah penyalahgunaan (termasuk pinjaman berfaedah), dan mematuhi undang-undang.
Siapa yang menerima data
Penyedia penghantaran email (Resend), penyedia rangkaian (Cloudflare) dan pelayan yang diuruskan oleh Rintislogic Solutions. Kami tidak menjual data anda.
Hak anda
Anda boleh meminta akses dan pembetulan data, berhenti menerima email, atau meminta data anda dipadam melalui pautan dalam setiap email atau dengan menghubungi support@rintislogic.com. Pemadaman bermaksud nama, email dan telefon anda dibuang daripada rekod; rangka rekod (jumlah dan tarikh) disimpan untuk rekod pemberi pinjam.
Tempoh simpanan
Janji yang selesai atau dibatalkan disimpan selama 2 tahun, kemudian dijadikan tanpa nama. Sandaran pangkalan data disulitkan dan disimpan di luar pelayan.
Hubungi
support@rintislogic.com