Cara guna
-
1
Isi butiran pinjaman: barang atau duit, nama dan email peminjam, tarikh janji pulang.
-
2
Peminjam terima email, semak butiran, dan pilih Saya setuju atau Tolak.
-
3
Kami hantar peringatan mesra kepada kedua-dua pihak. Anda tandakan selesai bila sudah diterima.
Bila peringatan dihantar
- 2 hari sebelum tarikh janji: makluman awal kepada peminjam.
- Pada tarikh janji: peringatan mesra kepada peminjam, dan makluman kepada anda.
- Selepas tarikh: susulan mesra pada hari ke-3, kemudian setiap 7 hari sehingga hari ke-30.
- Semua email dihantar antara 9 pagi hingga 9 malam waktu Malaysia.
Bukan untuk pinjaman berfaedah
janji.digital tidak meminjam, memegang wang atau mengenakan faedah. Hanya untuk pinjaman peribadi antara orang yang saling mengenali. Perniagaan pinjaman wang (berlesen atau tidak) dilarang.